Nabihah Ahmad: September 2013








NABIHAH A
nabihahj0urnal.bs.my



FOLLOW DASHBOARD

Monday 30 September 2013

Easy Peasy Giveaway by Fatin Diana


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Plush toy LINE x 1, Powerbank Hello Kitty 5200 mAh x 1, barangan dekorasi x 1, MP3 x 1, Scented Powerbank 2600 mAh x 1, plain halfmoon shawl x 1, keychain Blogger x 3, bookmark limited edition x 5, topup RM5 x 2, voucher discount 10% untuk semua peserta

Easy Peasy Giveaway dianjurkan oleh Fatin Diana dan disponsor oleh Jasple Boutique, Preternatural Touch, Eymasu World Craft, Mojat Cerewet, dan Abam Ming.

Tamat 13 Oct 13, 10 malam

Sunday 22 September 2013

Oh September Give Away-By Safiena & Friends


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

klik banner untuk join
3 perkataan menggambarkan diri saya? cheerful, fierce, untouchable *lol*

My doodle:
Mula-mula tak tau nak lukis apa, tapi bila terfikir sis Pina suka hello kitty so, terciptalah idea untuk lukis doodle tu. Actually ada tengok idea sikit-sikit kat google and then, tambah-tambah sendiri.

Tamat: 30 September 2013

Friday 13 September 2013

Kuroizu: Free Drawing


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Really, really wants a drawing from Sis Izwani of Kuroizumi although I have got one of her doodle before because I totally loves her art much T_T *brokenenglish
She said just keep the post short and simple so I'll stop here.

Monday 9 September 2013

Again. Sad Day :'| O, Why?


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

A.n.n.y.e.o.n.g.
Alhamdulillah, untuk rombongan kelas tu dah settle. Syukur sangat. Walaupun diorang tak nak ikut cadangan aku yang hari tu, at least diorang terima cadangan aku yang lain. Oleh itu kes selesai. Eh takdelah, banyak lagi yang kena settlekan sebenarnya.

And again, tak taulah kenapa minggu ni aku kena bersedih lagi. Ya Allah.. Mungkin semua tu dugaan untuk aku. Mungkin, Allah menguji aku untuk tabahkan lagi hati aku, setabah hati Nabi Muhammad saw dan sahabat baginda.

"Masalah apalagi lah dengan admin blog ni.". Mesti ramai yang dah bosan kan? Hampir tiap-tiap minggu cerita sedih, itulah, inilah. Actually, masa ada cerita macam nilah, aku boleh karang blog aku panjang-panjang berjela macam blogger-blogger femes yang lain tu. lol -,-

Nak start dari mana ek? Dua tiga minggu ni, aku asyik gaduh je dengan seorang mamat ni. Bukan boypreng, KAWAN. Tolong jangan salah faham. Bukan gaduh pasal apa pun, cuma selalu sangat berselisih pendapat dia. So, aku post lah benda 'ngarut' tu dekat fb. 

You know what? 'Dia' yang aku mention dekat baris second last tu pun kawan baik aku juga. 'Kawan' lah, kot. Hurm. And, aku rasa dia terasa pun dengan status aku tu sebabnya, dalam sejam lepas aku buat status tu, dia ada buat status juga. Dia cakap something like this lah: "Baguslah kalau dah mengaku kesalahan tu. Kalau nak jadi kawan tu mestilah pandai jaga hati kawan dia. blablabla.....", and part dalam status dia tu yang aku paling terasa giler, "... jangan suka memperlekehkan orang lain. Mesti ramai yang terima kau jadi kawan". 

Subhanallah, sakitnya hati ni. Nak nangis pun rasa macam tak sanggup dah. Walaupun 'dia' tu tak mention siapa yang diperkatakan tu, tapi biasalah, lumrah kehidupan, "Siapa makan cili, terasalah pedasnya". Tapi aku tak rasa pedaslah, sebab hari ni, sambal yang kakak aku buat kurang pedasnya dari selalu. Dah merapu merepek. Tapi, kalau fikir balik, 'dia' tu takkan boleh cakap macam tu kalau mamat tu tak cerita dekat dia macam-macam. Nampak kan, ketidak adilannya? Kenapa susah sangat nak berterus terang? Kenapa? Ini tidak adil, tidak adil, bagiku *now playing, Yuna Zarai song*.                                                    

Nak cakap macam mana ek? Macam mana aku nak support siapa pun lah kawan aku *tak nak mention sesiapa* kalau benda yang dia buat tu tak berapa betul, takde faedah untuk diri dia sendiri. Then, bila aku gurau-gurau sikit, marah tak bertempat. Bengkak rasanya hati ni. Faham-fahamlah kan, hati perempuan ni biasanya mudah terguris, tak boleh disentuh dll. Senang kata lebih kurang macam nilah antara sifat-sifat yang aku tak berapa nak suka:
Ah.. Pagi tadi pun, mamat tu ada cakap depan-depan kitorang dekat 'dia' tu:-
*pura-pura tarik sesuatu*. 
DIA: Tarik apa tu?
MAMAT: Tarik tali persahabatan kita.
Kecik besar, kecik besar je aku tengok diorang masa itu. Entahlah, aku tak tau nak cakap apa lagi. Sebak hati rasanya bila ingat balik. Silap-silap boleh menangis berjurai-jurai sampai banjir rumah ni. Eh, tak boleh, tak boleh. Ada cousin-cousin aku yang kecik-kecik dan comel-comel belaka. Demam pula budak-budak tu nanti. lol. 

Aku dah biasa sebenarnya dengan masalah macam ni sebab biasanya apa-apa yang berlaku dalam persahabatan aku, aku yang akan cuba selesaikan dulu. Sebab? Hati aku ni takkan tenang selagi masalah tak selesai. Kawan, aku nak kau yang dulu, yang selalu ambil berat, yang prihatin, yang pandai jaga hati aku, yang selalu cerita masalah dekat aku, yang selalu jujur dengan aku. :'( Mana ek pergi diri kau yang lagi satu tu? Bawah meja ni ke? Haishh. Tetibe rindu pula dekat mamat sorang lagi yang dah hampir sebulan tak datang sekolah atas sebab-sebab tertentu. Selalunya kalau aku tengah marah, aku marah dia dulu. :'/ *kejam*
Tapi macam blogger femes, Faqihah Husni cakap, "Hidup ini mengajar kita erti kehidupan. Usah bersedih, Allah ada". :)
p/s: Kepada kawan 'dia' yang tengah baca *aku tahu ada yang baca*, minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab 'sengaja' cerita pasal kawan korang.
Currently, main dengan seorang sepupu aku yang comel tu. Macam-macam gelagat dia. Pecah perut. Terubat sikit hati ni. :')
Dalam minggu ni, aku akan update lagi insyaAllah kalau tiada aral melintang. Btw, goodluck untuk adik-adik yang akan ambil peperiksaan UPSR starting esok :)

Monday 2 September 2013

Page Review "NFH Boutique Gallery"


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Berikut merupakan inro oleh owner page yang direview:

"SALAM & hye semua ! ~

♥ Di sini anda akan berurusan dgn kami < cik N.F.H 
#kami akan cuba beri kepuasan kpd semua pelanggan2 dgn servis yg CEKAP + CEPAT + KHIDMAT PELANGGAN YG BAIK =)


PELBAGAI DESIGN ♥ maxi dress/jubah modern ♥

-mini dress
-t-shirts, kemeja
-cardygan
-tudung express
-tudung sarimah
-shawl

# SEMUA PAKAIAN YANG DIJUAL DISINI bersesuaian dengan imej muslimah masa kini yang ingin tampil menarik dan dalam masa yang sama menutup aurat! =)"


NFH Boutique Gallery menawarkan pelbagai design baju yang menarik dan sesuai dipakai di majlis-majlis formal atau di hari-hari istimewa. Selain daripada design yang menarik, harga yang ditawarkan amatlah berpatutan. Berikut merupakan antara koleksi yang terdapat di NFH Boutique Gallery yang juga diminati oleh saya sendiri:



Sangat cantik bukan? Jadi, tunggu apa lagi? Selamat membeli-belah ^^

Untuk maklumat lanjut, lawati:

Untuk tempahan, klik sini: 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...