Nabihah Ahmad: January 2014








NABIHAH A
nabihahj0urnal.bs.my



FOLLOW DASHBOARD

Tuesday 28 January 2014

Randomness. #3


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Annyeong. Apa khabar muslims, malaysian dan readers semua. Admin sendiri, alhamdulillah masih diberi kesempatan benafas hingga ke hari ini. Ceritanya, hari ni ada exam bulanan. FYI, dekat sekolah aku untuk batch kitorang setiap bulan ada exam sebab tak tahu bentuk peperiksaan bulan oktober ni *kot*.  'Okay'lah exam tadi. Tapi malas nak discuss dengan kawan-kawan takut silap-silap dapat masalah "mental brokedown". Bahaya woi. Mana nak cari otak untuk ganti otak sendiri.

Semalam usik wana lepas tu wana merajuk :o *sigh*. Haha XD Macam budak kecik. Bila aku pujuk dia cakap dia cuma gurau je, lepastu aku pulak pura-pura merajuk. lol. Sengal yang amat kitorang ni. Tak kawan sehari tak tahan punya. Mana aku nak cari kawan yang minat kpop lagi. Padahal meja sebelah kanan aku semuanya kpopers. p/s: wana aku tau kau baca

Bukan nak cerita pasal tu pun sebenarnya, saje nak mengarut malam-malam. Tajuk pun random memang bukan-bukan jelah aku post. No ideas. Blank 'ji'. lalalala~ Hari ni mood down. Jangan tanya kenapa. Bila balik sekolah, senyum pun tidak. Tapi tulah, balik bukak laptop, luahkan perasaan dekat twitter. "Subhanallah, Allah kan ada. Buat apa pergi luahkan perasaan dekat media sosial semua tu". Okay, insaf.

Lepas luahkan perasaan "lah sangat tu", aku bukak photoshop sat. Buat header untuk second blog aku. And, o yeah! Aku ajak mama aku pergi DAISO cuti raya cina ni *addicted* tapi mama kata kena tengok papalah, penat ke tak sebab papa baru balik dari outstation minggu lepas. Ceh, outstation gitu :P takde outstation pun, gurau je. Ha, kan aku dah cakap tengah takde mood, pasal tu pun nak cerita dekat blog. Gediks betul. Esok ada watikah pelantikan pengawas so, kalau pagi tu ada rehearsal, tak belajarlah kot dalam dua masa pertama.

Btw, tadi petang pun aku sempat buat banner baru untuk blog ni seperti yang dijanjikan hari tu. *ada orang ingat, kah?*. 100% ownmade. Made by my hand using mouse. So, jangan copy k. Kali ni tak buat .gif2 segala bagai tu. Rasa macam semak pulak. So then, do copy and paste does code in your blog. Nak exchange komen SINI


Sunday 19 January 2014

Sepetang di Daiso ^~^


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Nak dijadikan cerita, pagi tadi gerak dari rumah pergi kenduri kahwin family belah ayah dekat Shah Alam. Walaupun sekejap, at least terubat rindu dekat family belah sana. Balik dari kenduri kahwin, yeah, kalau jalan dengan family aku ni, tak lain tak bukan destinasi yang wajib dan mesti bila keluar rumah, SHOPPING. Nak kata kan shopaholic tak juga sebab keluar pun tak selalu.

Naik je kereta, papa tanya nak shopping mana. And my sis cakap "Mid Valley". Aku pun, "Ha'ah lah! Dekat Mid Valley ada DAISO! Ommo~ Nak pergi, nak pergi". *something like that*. Sampai area Mid Valley, mungkin memangg bukan rezeki aku, parking semua full. Masa tu memang dah heartbroken lah sebab dah lama nak pergi Daiso. Dekat Johor ada satu outlet je tu pun dekat JB so tak berkesempatan nak pergi. ;_;

Dalam kecewa sangatlah kononnya tu, papa cakap nak pergi IOI Mall Puchong je sebab tu yang terdekat, ke? Haha. Bukan, dekat KL tu banyak lagi mall lain. Aku pun just okay, at least boleh shopping. Selagi tak sampai masih tak puas hati search dekat internet outlet Daiso dekat Malaysia, jumpa IOI Mall, Puchong. Aku pun terus, "yeay, yeay".

Sampai je naik lif terus pergi tingkat dua. Keluar je dari lif, cari Daiso yang depan tu je hah. Okay, masa ni dah start excited. Kebetulan Popular bookstore pun berhadapan je dengan Daiso. Tanpa fikir panjang, jalan straight je masuk kedai Daiso tu. Bila masuk, OMG! Aku terus terfikir, "no wonder orang cakap Daiso best". Barang-barang dekat situ semuanya kawaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~.
and this what we got from Daiso~~
But, satu problem aku bila masuk situ, too excited sampai tak tau nak beli apa. Last-last most thing yang aku beli barang-barang craft je -..-. Bila dah sampai rumah ni rasa nak patah balik beli barang lain. Lepas aku perhabis duit papa mama aku dekat Daiso and Popular, sambil jalan-jalan around mall tu nampak satu kedai ni, "Komonoya Shop". And kedai tu lebih kurang macam Daiso cuma kecik sikit tapi harga pun sama, each things 5 ringgit. Tapi tak sempat nak singgah sebab esok aku dah start sekolah, nanti tak balik-balik XP

Jalan punya jalan, nampak kedai Speedy, okay, another me and my siblings favorite  place >.< Pujuk mama aku, dapatlah beli satu DVD anime Studio Ghibli *hard die fan!*
Satu benda wajib bagi aku bila pergi kedai buku, manga. haha XD Satu bahagian rak buku tu memang penuh dengan manga aku. Bolehlah panggil 'otaku' walaupun tak sampai tahap addict lagi. *mintak-mintak tak*

Thursday 9 January 2014

Two Weeks of School


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Annyeong :') Rindunya nak menaip. Yeah, baru lebih kurang seminggu lebih tapi aku dah terbiasa cerita dekat blog. Jadi bila dah lama tak update rasa kosong je. *now playing, Najwa Latiff's Kosong*. Oooh, what ever. Actually nak cerita "what is happening within his two weeks of school." So far, cuti Jumaat Sabtu takde masalah pun. Actually, sometimes I think it's better. *pendapat aku*.

But ada satu masalah yang aku tak dapat adapt dalam masa dua minggu ni. Somehow, aku masih tak boleh ikut cara belajar untuk form 3 ni. Maksud aku pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar. Ya, memang betul dulu pernah UPSR tapi kali, bak kata mamat london atau bahasa jawanya, 'wong londo', "It's something different". Bukan semua pelajaran aku tak boleh catch up. Ada satu sebenarnya yang aku masih problem.

Subject tu aku tak nak sebut. Sejak sekolah rendah lagi, aku memang lemah sikit. Dapat 'A' pun paras-paras tapi still alhamdulillah masih 'A'. Yeah, sepanjang dua tahun ni boleh dikatakan kitorang belajar subject tu relax-relax je. Tahun ni entah kenapa aku rasa subject tu macam kapas 1 tan. Berat tapi still diawang-awangan. Susah nak cerita. Senang kata, aku tak boleh adapt dengan cara cikgu tahun ni mengajar.

Tapi aku faham, lain cikgu lain cara mengajar. Kalaulah cikgu aku yang dulu tak pindah, mesti tahun ni dia yang ajar aku. Tiba-tiba rindu :'( Aku tahu sepatutnya aku tak boleh cakap macam tu lagi-lagi sebab baru dua minggu aku belajar dengan cikgu tu tapi benda tulah yang dua minggu ni aku pendam je dalam hati. Ada sebab kenapa aku tak boleh adapt dan biarlah jadi rahsia aku dengan Allah SWT.

Walaupun dengan semua cabaran yang tak tertampung lagi oleh diri aku sendiri, alhamdulillah aku masih ada mama *aku jarang cerita apa2 dekat papa aku* yang dengar setiap luahan aku, menyokong dan beri semangat dekat aku. Kadang2 nak mengalir juga air mata ni tapi sebab ada mama dekat depan, aku kena kuat. Macam buat esei sudah.

Still aku rasa salah aku juga selama ni anggap semua perkara mudah. Tak pernah rasa cabaran sangat dalam study sebab selama ni belajar main-main je.  Bila pegang title 'perintis' dan teringat title 'anak bongsu' baru aku terasa benda ni. Apa-apa pun aku harap dalam masa sebulan aku dapat atasi perasaaan 'trauma' dengan subject ni. Tapi aku sendiri yang kata nak masuk sbp next year, tak mungkin aku akan mengalah dan hanya bergantung harap kepada Allah tanpa usaha.

See you soon!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...