Nabihah Ahmad: Again. Sad Day :'| O, Why?








NABIHAH A
nabihahj0urnal.bs.my



FOLLOW DASHBOARD

Monday 9 September 2013

Again. Sad Day :'| O, Why?


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

A.n.n.y.e.o.n.g.
Alhamdulillah, untuk rombongan kelas tu dah settle. Syukur sangat. Walaupun diorang tak nak ikut cadangan aku yang hari tu, at least diorang terima cadangan aku yang lain. Oleh itu kes selesai. Eh takdelah, banyak lagi yang kena settlekan sebenarnya.

And again, tak taulah kenapa minggu ni aku kena bersedih lagi. Ya Allah.. Mungkin semua tu dugaan untuk aku. Mungkin, Allah menguji aku untuk tabahkan lagi hati aku, setabah hati Nabi Muhammad saw dan sahabat baginda.

"Masalah apalagi lah dengan admin blog ni.". Mesti ramai yang dah bosan kan? Hampir tiap-tiap minggu cerita sedih, itulah, inilah. Actually, masa ada cerita macam nilah, aku boleh karang blog aku panjang-panjang berjela macam blogger-blogger femes yang lain tu. lol -,-

Nak start dari mana ek? Dua tiga minggu ni, aku asyik gaduh je dengan seorang mamat ni. Bukan boypreng, KAWAN. Tolong jangan salah faham. Bukan gaduh pasal apa pun, cuma selalu sangat berselisih pendapat dia. So, aku post lah benda 'ngarut' tu dekat fb. 

You know what? 'Dia' yang aku mention dekat baris second last tu pun kawan baik aku juga. 'Kawan' lah, kot. Hurm. And, aku rasa dia terasa pun dengan status aku tu sebabnya, dalam sejam lepas aku buat status tu, dia ada buat status juga. Dia cakap something like this lah: "Baguslah kalau dah mengaku kesalahan tu. Kalau nak jadi kawan tu mestilah pandai jaga hati kawan dia. blablabla.....", and part dalam status dia tu yang aku paling terasa giler, "... jangan suka memperlekehkan orang lain. Mesti ramai yang terima kau jadi kawan". 

Subhanallah, sakitnya hati ni. Nak nangis pun rasa macam tak sanggup dah. Walaupun 'dia' tu tak mention siapa yang diperkatakan tu, tapi biasalah, lumrah kehidupan, "Siapa makan cili, terasalah pedasnya". Tapi aku tak rasa pedaslah, sebab hari ni, sambal yang kakak aku buat kurang pedasnya dari selalu. Dah merapu merepek. Tapi, kalau fikir balik, 'dia' tu takkan boleh cakap macam tu kalau mamat tu tak cerita dekat dia macam-macam. Nampak kan, ketidak adilannya? Kenapa susah sangat nak berterus terang? Kenapa? Ini tidak adil, tidak adil, bagiku *now playing, Yuna Zarai song*.                                                    

Nak cakap macam mana ek? Macam mana aku nak support siapa pun lah kawan aku *tak nak mention sesiapa* kalau benda yang dia buat tu tak berapa betul, takde faedah untuk diri dia sendiri. Then, bila aku gurau-gurau sikit, marah tak bertempat. Bengkak rasanya hati ni. Faham-fahamlah kan, hati perempuan ni biasanya mudah terguris, tak boleh disentuh dll. Senang kata lebih kurang macam nilah antara sifat-sifat yang aku tak berapa nak suka:
Ah.. Pagi tadi pun, mamat tu ada cakap depan-depan kitorang dekat 'dia' tu:-
*pura-pura tarik sesuatu*. 
DIA: Tarik apa tu?
MAMAT: Tarik tali persahabatan kita.
Kecik besar, kecik besar je aku tengok diorang masa itu. Entahlah, aku tak tau nak cakap apa lagi. Sebak hati rasanya bila ingat balik. Silap-silap boleh menangis berjurai-jurai sampai banjir rumah ni. Eh, tak boleh, tak boleh. Ada cousin-cousin aku yang kecik-kecik dan comel-comel belaka. Demam pula budak-budak tu nanti. lol. 

Aku dah biasa sebenarnya dengan masalah macam ni sebab biasanya apa-apa yang berlaku dalam persahabatan aku, aku yang akan cuba selesaikan dulu. Sebab? Hati aku ni takkan tenang selagi masalah tak selesai. Kawan, aku nak kau yang dulu, yang selalu ambil berat, yang prihatin, yang pandai jaga hati aku, yang selalu cerita masalah dekat aku, yang selalu jujur dengan aku. :'( Mana ek pergi diri kau yang lagi satu tu? Bawah meja ni ke? Haishh. Tetibe rindu pula dekat mamat sorang lagi yang dah hampir sebulan tak datang sekolah atas sebab-sebab tertentu. Selalunya kalau aku tengah marah, aku marah dia dulu. :'/ *kejam*
Tapi macam blogger femes, Faqihah Husni cakap, "Hidup ini mengajar kita erti kehidupan. Usah bersedih, Allah ada". :)
p/s: Kepada kawan 'dia' yang tengah baca *aku tahu ada yang baca*, minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab 'sengaja' cerita pasal kawan korang.
Currently, main dengan seorang sepupu aku yang comel tu. Macam-macam gelagat dia. Pecah perut. Terubat sikit hati ni. :')
Dalam minggu ni, aku akan update lagi insyaAllah kalau tiada aral melintang. Btw, goodluck untuk adik-adik yang akan ambil peperiksaan UPSR starting esok :)

4 comments

dina said...

Nak same macam cerita saya . Kitorang dah tak bertegur berape minggu dah . Alasan dia taknak kawan saya sebab saya gelak kuat dan dia benci orang gedik macam tu..

#tak tau la sape betol sape salah . Tapi reason dia tu SANGAT BIJAK.. Kena sabar banyak2 dngn orang annoying mcam ni :D

Nabihah Ahmad said...

@Nur Irdina: Betul-betul. Memang kena banyak bersabar. Kalau tak sabar dah lempang punya muka mamat tu. Kan kelas pun, tak tegur dia sanggat. Setakat dia tanya, kita jawab. Macam tu jelah

♥ Lia Abdillah ♥ said...

hmmm, sabar je la akak. lia pon xthu nk komen ape. lia prnh jugak la mcm ni, tpi tu cite lameeeeeeeee sgt dah. lia pon dh xigt sbb ape, tpi die backup kwn die yg jugak kwn baik lia. gadoh smpai nk libatkan abg lia pastu abg lia bgitau umi lia. mase tu mmg nangis je la keje. tpi now, dh baik. and kawan lia yg backup tu, dah xde sekolah nge lia, pindah johor. hmm, memory yg pahit

Nabihah Ahmad said...

@♥ Lia Abdillah ♥ Hurm, hidup mengajar kita erti kehidupan kan? Kenalah belajar banyak bersabar :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...