Nabihah Ahmad: Two Weeks of School








NABIHAH A
nabihahj0urnal.bs.my



FOLLOW DASHBOARD

Thursday, 9 January 2014

Two Weeks of School


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Annyeong :') Rindunya nak menaip. Yeah, baru lebih kurang seminggu lebih tapi aku dah terbiasa cerita dekat blog. Jadi bila dah lama tak update rasa kosong je. *now playing, Najwa Latiff's Kosong*. Oooh, what ever. Actually nak cerita "what is happening within his two weeks of school." So far, cuti Jumaat Sabtu takde masalah pun. Actually, sometimes I think it's better. *pendapat aku*.

But ada satu masalah yang aku tak dapat adapt dalam masa dua minggu ni. Somehow, aku masih tak boleh ikut cara belajar untuk form 3 ni. Maksud aku pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar. Ya, memang betul dulu pernah UPSR tapi kali, bak kata mamat london atau bahasa jawanya, 'wong londo', "It's something different". Bukan semua pelajaran aku tak boleh catch up. Ada satu sebenarnya yang aku masih problem.

Subject tu aku tak nak sebut. Sejak sekolah rendah lagi, aku memang lemah sikit. Dapat 'A' pun paras-paras tapi still alhamdulillah masih 'A'. Yeah, sepanjang dua tahun ni boleh dikatakan kitorang belajar subject tu relax-relax je. Tahun ni entah kenapa aku rasa subject tu macam kapas 1 tan. Berat tapi still diawang-awangan. Susah nak cerita. Senang kata, aku tak boleh adapt dengan cara cikgu tahun ni mengajar.

Tapi aku faham, lain cikgu lain cara mengajar. Kalaulah cikgu aku yang dulu tak pindah, mesti tahun ni dia yang ajar aku. Tiba-tiba rindu :'( Aku tahu sepatutnya aku tak boleh cakap macam tu lagi-lagi sebab baru dua minggu aku belajar dengan cikgu tu tapi benda tulah yang dua minggu ni aku pendam je dalam hati. Ada sebab kenapa aku tak boleh adapt dan biarlah jadi rahsia aku dengan Allah SWT.

Walaupun dengan semua cabaran yang tak tertampung lagi oleh diri aku sendiri, alhamdulillah aku masih ada mama *aku jarang cerita apa2 dekat papa aku* yang dengar setiap luahan aku, menyokong dan beri semangat dekat aku. Kadang2 nak mengalir juga air mata ni tapi sebab ada mama dekat depan, aku kena kuat. Macam buat esei sudah.

Still aku rasa salah aku juga selama ni anggap semua perkara mudah. Tak pernah rasa cabaran sangat dalam study sebab selama ni belajar main-main je.  Bila pegang title 'perintis' dan teringat title 'anak bongsu' baru aku terasa benda ni. Apa-apa pun aku harap dalam masa sebulan aku dapat atasi perasaaan 'trauma' dengan subject ni. Tapi aku sendiri yang kata nak masuk sbp next year, tak mungkin aku akan mengalah dan hanya bergantung harap kepada Allah tanpa usaha.

See you soon!

1 comment

Cuya said...

Hai,jo join dua GA yg awesome ni!

http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2014/01/new-year-giveaway-by-monster-and-lala.html

http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2014/01/super-duper-awesome-giveaway-by-hannan.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...