Nabihah Ahmad: October 2013








NABIHAH A
nabihahj0urnal.bs.my



FOLLOW DASHBOARD

Wednesday, 16 October 2013

Pencarian Sponsor Giveaway akan Datang


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t


Malas nak bebel banyak-banyak, so just go on to the rules..

Syarat-syarat Sponsor
1. Warganegara Malaysia
2. Tidak meletakkan begitu banyak syarat. Kalau boleh 2 atau 3 sahaja. KALAU boleh..
3. Tiada unsur penipuan.
4. Betul-betul yakin boleh sponsor barang-barang tersebut

Syarat-syarat Barang yang Hendak di Sponsor
1. Barang pos. Cth: Dress, novel, shawl, bookmark, button badge, perfume, keychain dll.
2. Topup.
3. Barangan blog tidak diterima. Cth: Blog review, banner, header dll.

Untuk pengetahuan semua, giveaway ini adalah sempena birthday....... Guess who? ;)
Tarikh berlangsung giveaway: 
Belum ditentukan tapi insyaAllah sebulan sebelum tarikh birthday tu iaitu pada bulan hadapan ^_^

So, untuk maklumat lanjut atau terdapat sebarang pertanyaan, just call inbox me through my fanpage by clicking the banner or just click here. But dalam 2 minggu ni maybe admin lambat sikit balas sebab exam. But no worries, I will still open and read it. InsyaAllah :)

ALERT!
Start esok Bieha akan jarang online or maybe tak online langsung, so kalau apa-apa message je dekat fanpage tu and InsyaAllah message tu akan dibalas lepas Bieha habis exam. ^_^

Saturday, 12 October 2013

Duo Giveaway by Amirah Azman dan Safiena


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

TEKAN BANNER SEKARANG !!

#Duo
Giveaway By Amirah Azman and Safiena ' Disponsor oleh 

Tarikh Penting 
  • Mula Giveaway : 15 September 2013
  • Tamat Giveaway : 15 Oktober 2013 (Hari Raya Haji)
  • Pengumuman Pemenang : 19/20 Oktober 2013

Study Week. 8 More Days till Examination


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Update again. Dua minggu ni pun maybe tak update sangat sebab dah dekat end-year-exam. *goosebump*. Lama tak duduk jarak-jarak, jawab kertas exam. Almaklumlah, batch 99 kan bahan uji kaji bagi eksperimen "keberkesanan PBS". Ceh! Cikgu pun cakap "Eh, bukan peperiksaan akhir tahun, peperiksaan sumatif PBS". Actually, lebih kurang je. But, bentuk soalan dia adalah lain sikit. Macam tahun ni, soalan Sejarah kitorang lebih banyak subjektif dari objektif. Kejamnya T^T

And, FYI, tahun depan dah takde PMR. Bukan takde periksa langsung. Tukar nama je jadi PBSMR. Macam budak-budak kata, PBS kahwin dengan PMR bagi nama dekat anak jadi PBSMR. lol. Tapi dengar-dengar ada 4 subjek je yang ada kertas exam. Subjek lain PBS macam biasa. I don't know. Siap sedia jelah untuk hadapi tahun depan. Mesti kerja kursus lagi banyak, folio bertimbun-timbun, fail bergunung-gunung. Tahun ni pun aku dah dapat rasakan what will happen next year. Nak tak nak kena terima.

Sekarang ni pun aku tengah buat projek seni. InsyaAllah aku update bila projek tu dah siap *kalau cantik lah*. Aku ingat nak buat ala-ala kawaii gitu. Aku dah dapat bayangkan rupanya tapi hasilnya yang sebenar aku tak tau.

I'll update as soon as possible. See you~

Monday, 7 October 2013

Randomness.


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

*Yawn*
Esok aku dah start sekolah balik T^T Bukan dari cuti semester, dari cuti tiga hari XD Perasan budak U kejap. lol. Last week, sementara my handsome papa hantar netbook aku ini ke kedai komputer, gatai lah mulut ini ajak mama aku pergi kedai buku. Tak jauh pun, berhadapan dengan kedai komputer tu je. Dan tanpa disangka aku grab satu novel ni. It's kinda weird sebab macam yang aku tweet semalam, aku ni bukan jenis yang suka baca novel. Lebih rela 'tenung' kamus dewan yang tebal berapa inchi tu daripada baca novel yang tebal 20 mm tu.

Sedar tak sedar, aku beli novel ni sebab terpampang wajah kacak Choi Minho tu, dan wajah ayu lagi kiut blogger terkenal, Fatin Liyana. Bukan sebab tu je sebenarnya, sinopsis dia pun agak menarik perhatian aku. Aku ni jenis yang suka bayangkan kehidupan budak-budak U. Seriously, this is my FIRST time, erm, second time actually, baca novel sampai habis. Tapi still, orang lain dua jam, aku dua hari. Bukannya aku baca novel sepenuh masa. Tolak makan, tolak tidur, tolak hadap laptop, tolak semuanya adalah dalam 4, 5 jam masa yang aku ambil untuk aku habiskan baca *taknak kalah*

But, I'm waiting for the next chapter of this book T^T.

Lately, rasa rindu yang meluak-luak dekat cousin-cousin aku baik perempuan mahupun lelaki. Ingat lagi time kecik, kecik, main kejar-kejar, main nyorok-nyorok, main PS. Rindu sangat masa-masa berharga tu. Sampai hari tu boleh pulak mimpi cuit-cuit kaki cousin yang sama umur dengan aku. Bila sedar, dalam hati, 'Bilalah dapat kamceng macam dulu-dulu'. Disebabkan cousin aku tu seorang yang susah sikit nak bergaul, rasanya aku yang kena mula cakap dengan dia. Tapi, mestilah segan lagi-lagi sebab dia tu berjantina berlawanan dengan aku -,-'

Last time aku berbual dengan dia pun, hujung tahun 2011. Naik sekolah menengah terus mulut ni macam dikunci sekukuh-kukuhnya. Aisey.. *buang segan jauh2*. Mama aku suruh aku panggil dia makan pun aku tolak. :3
Dekat pukul 12 dah ni tapi tangan masih laju menaip. FYI, dua hari lagi birthday fake twin aku. Stop, stop :X Ok lah, that all. Esok sekolah dah -,-' Annyeong, tata~

P/s: Actually dekat rumah, takdenya guna 'mama' 'papa' tu. Saja tunjuk perangai anak bongsu :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...