Nabihah Ahmad: HAI








NABIHAH A
nabihahj0urnal.bs.my



FOLLOW DASHBOARD

Wednesday 31 December 2014

HAI


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Ade laa kan anonymous lah sangat ni suruh aku update blog *padahal kenal* so aku update lah haha. Reason dah lama sangat tak update sebab dah tak rasa seronok dah berblogging ni sebab mostly blog yang aku follow dan aku memang selalu follow cerita diorang dah jarang update. Nana dengan Hana jelah kot yang update. Aku saje stalk blog diorang sebab kalau kat sekolah nanti boleh lah bahan diorang ke ape ke hahah jk.

Sebab lama sangat tinggal blog sampai dah lupa nak coding-coding nak edit blog ape semua. Teruk en. Nak kata tak update sebab sibuk menipu gak sebab twitter, wc, ws, ig, fb hari-hari on. So kesimpulannya, ai takde idea nak update ape. Nak post doodle pun lately dah malas nak lukis dekat SAI. By hand je selalu. Adoi mmg tak passionate langsung.

Cuti ni aku dok layan keria je *eh korea laa*. Daripada tak minat vicks vixx boleh follow semua reality show diorang (MyDol, Vixx Diary, Vixx TV etc), Kalau Running Man dah tentu aku follow. Sanggup tunggu 2 jam sampai habis download kau ! Eh perlu ke cerita korea-keria dekat sini. Sudahnya terperap dekat bilik macam kimchi. Sekali kena sound dengan papa mama baru keluar bilik kkk. Actually adelaa beberapa hari aku pergi sekolah sebab buat mural eh tak bersih-bersihkan bilik seni tolong cikgu-cikgu yang boleh dikatakan tak cuti sepanjang cuti sekolah ni. Yelaa kan next year dah 50 tahun seklah aku hmm jubli perak eh? Entahlah tak tawu. Sekali sultan turun mesti bangga *kalau betullah*

Time birthday aku hari tu... hmm (yang wish tu masyeh ^^) pagi tu datang sekolah tolong cikgu macam biasa. Dapatlaa aiskrim seketul, air sirap bergelas-gelas dengan mi goreng sepinggan hahah ai ni kuat makan sorry not sorry pastu petang tu keluar dengan family *tapi ayah kerja TAT* aku tapau mama cheezy wedges, onion ring, shrimp goreng tu dengan ayam lah dekat kepci. Kan dah cakap kuat makan, dapat makanan dah seronok sangat dah. Pastu mintak angah teddy bear seketul tapi masih tak tercapai sebab aku rasa nak mintak benda lain haha ^^', balik tu along buat trifle tho at last aku bukan makan sangat pun. Sebab takde siapa nak bagi hadiah so aku terpaksa laa mintak hahah dengan family jelah. Anak bongsu katekoo semua benda mintak dapat *kadang-kadang tak laa*.

Pastu 22 Dis dapat result. Result aku alhamdulillah okay. Lepas dapat result tu, ecah dengan dyan dah call parents diorang. Nad tak call sebab mak dia dah ade dekat sekolah. Aku taknak call sebab aku tengok nad, dyan, ecah nangis. Aku takut aku nangis. Takut terkeluar segala derp faces semua. Dah lah aku memang tak lawoooo hahahambar. Well, sampai rumah peluk ibu terus nangis. Pastu kena gelak dengan kakak aku haih tak guna betul. Malam tu ayah balik kerja masuk dalam bilik "Adik mana adik" pastu ayah hulur tangan, Aku salam ayah pastu peluk pastu rasa nak nangis tapi sado kan hati depan ayah. Sebab lama sangat tak peluk mama dengan ayah tu yang gembeng gila. Act selalu je gedik-gedik peluk ibu. ANAK BONGSU haha jangan menyampah okies.

Jumaat last week aku datang lepak rumah wana. Saje je korea punya pasal. Pastu masuk rumah dia awkward namati. Kakak dia, cousin dia, parents dia, nenek moyang dia semua ade. Mana tak bengang weyh. Tapi gara gara korea aku tabahkan hati. Nak duduk sekejap je kesian pulak mama baru lepas hantar nak kena ambil. Hah. At last tengok tv je. Ade epop atas meja aku baca laa juga. Pastu gelak gelak sendiri. Sebab bahasa melayu, manalah aku tak gelak guling-guling. Aku tak biasa baca epop tu. Mainly sebab mama aku takkan bagi aku beli choyy.

Malam ni nak update lagi kut sebab post yang ni actually draft dari hari tu. Aku tambah maggi secukup rasa sikit baru publish whatever. See ya

1 comment

Barniyah Ammara said...

Hoho bila dah lama tak update, sekali update semua nak cerita, kan? ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...