Nabihah Ahmad: Title? No Title








NABIHAH A
nabihahj0urnal.bs.my



FOLLOW DASHBOARD

Sunday 4 January 2015

Title? No Title


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Oit oit annyeong :) Ni nak cerita sikit je hari ni. 'SIKIT'

Satu haribulan hari tu ada pendaftaran dengan pembelian buku macam tulaa dekat sekolah. Excited juga sebab lama tak jumpa bae(s),member-member, classmates semua laa. JAP. Yeke aku excited time tu. Anggap jela ye sebab aku pun tak ingat apa yang aku rasa time tu sebab masa tu nak bangun dari tidur pun malas. Mula-mula nak datang lambat-lambat, malas laa katakan. Pastu Nad ws suruh datang awal sikit. Aku dengan tengah balas chat-chat yang tetiba masuk banyak pagi tu, kelam kabut nak bersiap mandi sarapan apa semua. Actually time tu dah pukul 8.10 macam tu kut kkkk. At last aku lagi lambat. Pukul 9 macam tu baru sampai sekolah aduh teruk betul.

Sampai sekolah, masuk pintu pagar je ada laa member sorang ni tanya "Eh, kau tak pindah ke?". Aduyai. Spoil terus mood aku pagi tu. Tapi aku jawab je "Keputusan permohonan tu keluar hujung jan laa". Lepas tu aku blah pergi cari geng-geng aku. Hari tu first time aku bayar buku sendiri so aku cem awkward an so aku tarik ah diorang pergi blok D bcs kelas kitorang tahun ni dekat situ. Nampak ah classmates yang lain. Tapi time tu tak ramai lagi tho aku ingat aku dah lambat choyy. Tengok list classmates tahun ni, dah lain. Aku pun macam "Ah really?". Macam tu kut. Time tu hambar laa juga sebab classmates yang dah 3 tahun (ada yang baru setahun) dengan kitorang dah tak duduk dalam kelas yang sama.

Hari tu ramai juga laa yang dok tanya "Tak pindah ke?" "Mohon mana?" "Eh kau dekat sini je?". Semua soalan klise. Paling teruk ada yang tanya "Bila pindah?"--' Nvm kalau memang dah tertulis dekat luh mahfuz tu aku pindah, aku pindahlah HA HA. Aku mohon pun dekat-dekat je sebab parents cakap senang nak ambil ape semua. Ayah cakap, "Paling penting, duitnya". Okay faham memang tak payahlah berangan nak duduk jauh-jauh pastu ajet-ajet nangis sebab rindu family HA HA mengarut. And know what? Aku kadang-kadang wonder apa yang kawan-kawan aku rasa kalau aku pindah.

But actually aku still fikir lagi nak pindah or tak kalau dapat asrama. 15 tahun woyy berkepit dengan parents. Dah lah aku ni kalau pemalu tak bertempat. Lepas tu dengar cerita ada senior aku time sekolah rendah dulu kena buli dekat asrama apa semua. Penakut an ? Tawu owo. Aku dah lah memang tak pandai nak berdikari. Semua parents suap je heee. Tapi ada jugalah berangan masuk asrama jumpa kawan-kawan baru, sebelum masuk tu shopping macam-macam, aku bayangkan prep, buat homework semua dekat sekolah. Sebab dekat sini. Sekolah harian kan, homework suka bertangguh hah itu yang paling aku risau. Belum masuk kes selalu tertidur dalam kelas HA HA.

Okay tukar tajuk. Semalam pergi training taekwondo setelah sebulan mengumpul lemak dan melembikkan otot-otot dalam badan. Time warm up je satu badan dah rasa sakit-sakit. Kah. Lepastu sir tanya result aku dengan Dyan blablabla. Hah dah macam tu start lah soalan-soalan klise macam dekat sekolah hari tu. "Pindah tak?" "Mohon mana?". Layan. Sepanjang training semalam asyik mengikik je adoii kalau dah training taekwondo memang takdenya nak serious. Aku just sengih-sengih je bcs mostly werent something really funny. Dyan pula gelak sungguh-sungguh sampai berguling-guling dekat dataran tanpa sebab. Aku? Layan je~

Hmm. Dah naik form 4 ni aku agak takut actually. Takut tak boleh bawa subjek sains tulen apa semua. Maklumlah sebulan duduk rumah buku apa pun tak buka. Pelajaran form 1, 2, 3 pun dah lupa hahah. But insyaAllah I can do it! Aja aja fighting! Okay bye dah malas nak type orz

1 comment

Barniyah Ammara said...

A'ah kan. Kalau pindah, sayang pula kawan-kawan dengan sekolah yang dah duduk lama. Tapi mahu juga merasa duduk asrama, berdikari kan? Kalau saya pun rasanya tak dapat pilih. ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...