Nabihah Ahmad: Second Day








NABIHAH A
nabihahj0urnal.bs.my



FOLLOW DASHBOARD

Monday, 12 January 2015

Second Day


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Anyeong nyeong. Apa khabar? Khabar baik?, Alhamdulillah. So how was school? Aku dah sekolah dua hari dah so dah takde feeling apa-apa. Esok dapat buku, tapi mampu ketawa je. Maklumlah dah naik form 4. Buku sikit is not menengah atas style. Macam tu kut. Lagi-lagi kelas depan. Peh peh. Tapi nasib baik kitorang punya turn untuk pembahagian buku teks bukan hari ni tapi esok. Kalau hari ni gerenti aku masih membuta sampai sekarang. Bersyukur pukul 5 tadi dah bangun lol. Alkisahnya penat sangat hari ni tu yang membuta di siang hari. Petang.

Nak mulakan cerita, biasanya pengawas form 4 kena tolong cikgu masa orientasi form 1. And I'm one of them. So layan je. Menabur bakti kut kut aku pindah TT. Jap. Pasal pindah-pindah ni aku cerita kemudian. Okay sambung. Tadi kitorang jadi tour guide and uruskan pendaftaran kelab/persatuan/sukan permainan/unit uniform adik-adik form 1. "Adik?". Aku yakin takde budak-budak form 1 tu tak nak mengaku pun aku senior diorang sebab aku ni macam evil and vicious woman i the world ala-ala watak disney Maleficent. Yelaa kan. Maleficent tu walaupun nampak jahat sebenarnya berhati mulia. Choyy.

First masa tour guide tu cikgu suruh empat orang guide satu kelas. Aku, Dyan, Jai dengan Haikal. Jai ajet-ajet senior sporting padahal bajet je lebih. Aku, nak terangkan setiap bilik/kelas dekat budak-budak tu pun segan. Segan woyy actually tu yang jadi singa. Punyalah ganas aku berbicara. Pastu sampai satu tahap tu aku bukan nak marah actually tapi aku jerit kuat sikit bagi diorang dengar sekali dekat kelas yang kitorang lalu tu ada cikgu. Peh. Membisu terus aku. Mesti budak-budak tu macam "Pehal doe akak ni jerit-jerit sana sini bukan tak boleh cakap slow-slow". Dengan muka aku yang susah nak senyum dengan junior aduyai. Konon nak junior respect tapi hampeh. Tapi bersyukur laa doe kelas yang kitorang dapat tu budak-budaknya baik. Kelas lain ada yang tak dengar cakap, melawan and so on. Dah siap round satu sekolah, okay balik surau sebab memang time form 1, orientasi dekat surau.

Dah penat round, perut masing-masing dah lapar, pergi makan ah. Lepas makan, duduk dalam kelas sementara tunggu cikgu panggil. Time ni bersuka-ria laa masing-masing. Budak lelaki buat lawak bodoh yang aku pun menyampah gila rasa nak sumbat stokin kasut semua masuk dalm mulut diorang. Lantaklah. Okay bial cikgu panggil, kitorang tolong settle pendaftaran kelab-kelab, unit uniform etc. Actually cikgu yang uruskan. Kitorang cuma jaga je setiap kategori tu. Well, masa ni aku try senyum sebab taknak diorang letak perspektif buruk tentang aku. Bolehlah senyum natural daripada time jadi tour guide mula-mula tu, muka ketat je. Bukan taknak senyum tapi kalau aku tengah dalam situasi called "awkwardness", mulut aku macam 'ter'paksa senyum. Masa uruskan pendaftaran tu, dengan members buat lawak, 'adik-adik' tu buat 'lawak', memang ketawa aje memanjang. Arigatou. Habis tolong cikgu, pergi perjumpaan pengawas. Yang ni tak boleh blah.

Kitorang masuk lambat sebab tolong cikgu tadi so bila masuk tu, satu bilik mesyuarat tu dah penuh. Sekali kena duduk dekat bawah, dekat ruang depan sekali. Bengang tak bengang, duduk jelah. Daripada ramai-ramai pengawas dalam bilik mesyuarat tu, kitorang kecoh gila na mati. Bila ustaz GM aka Ghazali Manaf aka Ghazali 'Macho' masuk, kitorang macam "Woyy woyy GM masuk, GM masuk. Duduk sopan-sopan". Pastu perasan, aku lah aku, perasan berapa kali eye contact dengan GM lewls. No lah, kitorang minat ustaz sekadar ustaz tu cikgu, kitorang pelajar. Ustaz dah kahwin pun. Minat kitorang takkan lebih batas. Btw senior form 5 dengan juniors mesti menyampah dak? Peduli laa apa orang kata. Kitorang just have fun yang penting apa cikgu mesyuaratkan kitorang dengar.

Actually apa yang aku dapat hari ni adalah flashback moment time kitorang form 1 juga dulu. Aku keep on cakap dengan diorang "Ya Allah cepatnya kita membesar". Yelah kan, dulu selekeh-selekeh pastu innocence je macam budak-budak form 1 yang kitorang perhati tu. Aku rasa nak kembali ke 3 tahun lepas, yang masa tu, kitorang tak fikir sangat pasal pelajaran. Hidup have fun je. Macam sekarang, next year dah SPM. Aku tak tipu, aku rasa cepat sangat membesar. Lagi-lagi aku ni anak bongsu, aku focus on tumbesaran sendiri je. Setiap tahun expect untuk tinggi lagi. Astaghfirullah kenapalah tak pernah belajar bersyukur. Tapi tengok budak bash kitorang dengan batch form 5 tahun ni, tak macam upper form. Maklumlah kalau zaman kakak-kakak aku dulu, kalau dah upper form masing-masing nampak matured pastu tinggi macam galah. Tapi persoalannya, bila aku sendiri nak matang. Wallahualam.

Bercakap pasal kpop, idk bila kpop je masing-masing cakap dekat aku maybe sebab aku so known kpopers tegar. Mengenai kes yang viral baru-baru ni aku tak nak comment apa-apa. Tak takut ke kalau ada yang terguris nanti tapi I do feel malaysians need to stop these bashing and criticizing culture sebab apa, kita manusia. Tak sempurna. Kalau bukan sekarang, mungkin satu hari nanti kita pula akan buat kesalahan tapi tbh here, manusia tak pernah terlepas dari kesalahan. Lagipun, Nabi ajar tegur dengan berhemah kan? Jujur sebab aku kpopers aku masih tak lupa kes dekat Shout Awards dua tahun lepas. Yang tu, rasanya satu dunia dah tahu, ditambah dengan issue ni, aku takut. Aku takut negara lain pandang rendah dekat kita, attitude kita. Jomlah sama-sama muhasabah diri, beringat dengan apa yang dah terjadi.

Okay aku sambung lain hari sebab dah penat, sakit kepala, nak sampul buku tulis apa semua so bye :)

p/s: yang minta art trade tu sorry tak dapat buat lagi sebab busy sikit maklumlah sekolah dah start. no worries, i will do.

2 comments

Barniyah Ammara said...

Ayokk. Manyak takut sama ini senior. :p Ok, ok. Tak apa. I'll wait. ;)

Najib Ariyan Ali Basha said...

rajin sungguh menghapdate blog yer... saya jarang jumpa yg masih sekolah tapi ada blog... pujian untuk anda...

salam kenal dan salam singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...