Nabihah Ahmad: Walk-in-Daiso #2








NABIHAH A
nabihahj0urnal.bs.my



FOLLOW DASHBOARD

Saturday, 22 February 2014

Walk-in-Daiso #2


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Annyeong. Update again. Last post for this 2 weeks since next week ada exam. Hukhuk. T_T

Semalam round-round JB. Tujuan utama family aku actually nak pergi Bukit Layang-Layang, untuk? Tengok layang-layanglah, takkan berenang pulak.-.- Tak tahu pun dekat mana tapi search guna gps je. Boleh bertekak dengan papa sebab mula-mula aku tak bukak sound gps tu, jadi papa tak berapa percaya sangat. Part ni, lawak. Seriously >< Since tak pernah pergi kan, nak buat macam mana.

Okay, sampai destinasi, subhanallah! Tak terkata sesak dia walaupun time tu kalau tak silap dah dekat pukul 5. Batalkan niat nak tengok pesta layang-layang, menuju ke Aeon Bukit Indah. Papa dengan mama aku dah tau dah tujuan utama aku memang nak pergi situ. Kekeke. Bukan nak shopping apa, nak masuk Daiso je. Store lain semua yang berjenama and harga pun, faham-faham jelah. Gian sangat dari hari tu nak pergi Daiso. Bersyukur sangat ada ibu bapa yang sangat memahami. *sayang ketat2* lol.

Satu lagi masalah, kitorang (aku and family aku) tak tahu dekat mana bukit indah tu. -.-' Part ni, tak lawak. Disappointed. Berapa kali u-turn sebab aku salah bagi arahan. Guna gps tapi macam aku cakap tadi, aku tak turn on sound dia. Sincerely, ni baru first time aku guna gps sebab selalunya papa mahir bab highway semua ni. Okay, mama dah penat dah berapa kali u-turn. Last-last singgah Giant sat. Yang ni lawak. Masuk Giant guna toilet je. Tak pergi beli apa-apa pun.

Keluar dari Giant berusaha lagi nak pergi Aeon Bukit Indah sebab aku dah tarik muka dah time pergi Giant tu. Bukan marah papa ke, mama ke, tak! Time tu aku marah gila dengan diri aku sendiri. Hampir je nak tweet, "We couldn't go to Daiso because of my own dumbness". Second time ni, alhamdulillah okay je. Papa yang turn on sound gps tu last-last. Sampai dekat parking lot aeon tu, aku terpegun. Besar gila! Dalam perasaan terpegun tu dalam hati excited nak pergi Daiso. Lepas solat apa semua, shopping! Daiso dekat Aeon Bukit Indah tu tingkat 2 and satu lagi kebetulan, atau memang dekat mana-mana mall macam tu, Daiso berhadapan lagi dengan Popular. See my first post and impression about Daiso here.


There. Banyak gila barang aku beli! Sampai melepas nak pergi popular. Jimat duit woi. Kan aku dah cakap aku excited. Actually, tak semua barang aku tapi mostly yes. Yang aku letak arrow 'fav' tu faberet thing yang aku beli dekat Daiso. Label dekat barang tu tulis 'Mesh Bath Bag' tapi kalau diikutkan buat apa aku yang jarang duduk luar ni nak beli. Sebabnya aku nak guna untuk benda lain. Aku dah beli, ikut suka aku lah kan nak guna buat apa. Buat helmet pun okay. Tak lawak. Aku tahu. kkaebsong.

Travel case yang aku beli hari tu aku guna untuk simpan barang craft aku apa semua.
*cak, baaa*
In conclusion, buy something useful bukannya ikut kehendak je. 

Punya excited shopping semalam sampai 'lupa' janji nak ontweet around pukul 8-9 dengan wana. Sincerely, aku tak lupa. Tapi faham-faham jelah kan, dekat highway nak online, acane tu? Internet slow tahap gajah nak beranak! Jap, apakah perumpaan tu? Anyway, kesian wife d.o tu sampai pening kepala hadap laptop lama sangat tunggu aku ontweet. Mianhaeyo.

So then, bye! Wish me luck for next week exam!

1 comment

Hana Jalil said...

Kalau daiso kat aeon kulai bukan dpn popular tp depan kedai mainan.. haha.. baca pist ni terngin nak g DAISO lagi :D hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...