Nabihah Ahmad: 2015








NABIHAH A
nabihahj0urnal.bs.my



FOLLOW DASHBOARD

Friday, 24 July 2015

Boarding School? Hell no!


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Hi gvys it has been a while. Takdelah hectic life sangat tapi plan nak menulis blog ni selalu terbantut. You know, aku kalau tulis blog, kena dari awal sampai habis taip satu post tu dalam satu masa. Means tak boleh buat 2 paraph lepastu draft. Memang jangan harap aku nak publish post tu huhuhu

25 Feb 2015 I'm officially stuck in boarding school. Kelakar weh serious talk! Memanglah aku dah plan nak masuk asrama in my 16 years of life but who knows im already 16 ! Banyak drama before aku officially ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Batu Pahat. Yes, thats my current school. You know hard im thinking && hesitating whether or not aku accept tawaran tu & live in hell. No la asrama wasnt a hell. Almost 5 bulan (tak sampai pun tolak cuti semua) aku dekat asrama, takdelah kes buli ke ragging ke. Yes, maybe sebab sekolah aku tu baru. About 4 years? Less than 4 years actually. Best la, semua benda still new, batchmates, dormmates, juniors, seniors semua okay (setakat ni). Alah setakat communicating problems tu dekat mana-mana ada even sampai universiti pun kan?

Classmates aku well u know sincerely mula-mula aku rasa malang & asyik merungut je dapat kelas tu coz mula-mula tak rapat, tak bertegur sangat pun dengan budak lama unless tanya pasal kelas, pasal homework. Time belajar dari pagi sampai pukul 2 tu memanglah stay kelas tapi almost every prep classes aku stay kelas lain. Sometimes yakin or dedi. Its my problem u know sebab aku yang datang, patutnya akulah yang teguq diorang. Bersyukur the boys in class sometimes jokes, dari first day aku masuk lagi so tak lah awkward namati. The girls are okay actually it's just you need to try to talk with them coz i thinks sometimes maybe they're shy or feel strange with strangers. Tho there're many people saying that our class is passive and others bad comments but im just okay with it. Bila belajar memang diorang senyap seribu bahasa but once they share stories and jokes around, memang havoc.

Dormmates; yeahhh every boarding school's heaven are dorms! You know tempat paling menenangkan are dorms unless kau tak rapat dengan dormmates. Menenangkan, dari segi bunyi tu memang ah tak maksudnya you don't really need to think about school, homeworks and stuffs like that. I'm not saying dekat dorm no need to study haha NO! But dalam dorm you can freely talk, menggila and etc. Study dalam dorm pun memanglah a bit susah nak focus but more relax. Dalam kelas tension aje. Akulah. I don't know how the others feel. Tapi sejak-sejak ni je pun rajin study tu pun kalau ada yang teman. You know I selalu panggil our squads to study together and night. Hmmm actually tak. Kalau panggil diorang semua jangan harap aku belajar. Selalunya aku ajak faiqah (since dia dorm sebelah) and wana. Sebab memang biasanya diorang akan study. Sembang sikit-sikit tu adalah tapi taklah all the time. If aku taktau apa-apa pun boleh tanya diorang (padahal dormmates form 4 ramai)

Miracles! Yes aku tersangatlah rajin study since masuk asrama ni. Maklumlah semua pandai-pandai, takkan kau nak bodoh sensorang. Result aku, okay la tapi takdelah top 10. I wish one day, insyaAllah. Road to 9A+ & oversea's school ! I haven't choose one university as goals since I don't even know what course I'm gonna take in university but I will before SPM emm I think so. Wait macam dah panjang sangat je. I don't know sebab I taip dekat tab so it's different from laptop. Anyway banyak lagi nak cerita tapi if I continue, sehari pun belum tentu habis taip. Well the, bye! Oh gais i forgot something.✨SELAMAT HARI RAYA!✨

Tuesday, 20 January 2015

Art Trade with DianeeyA


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Aip aip annyeong. Sebab lama tak update artworks rasa awkward. Okay doodle ni hari tu dah lukis baru colour TT. Busy katekoo. Hectic life.

NO REPOST .

To DanieeyA, thanks for the doodle I appreciate it much especially because you drew the character on my header. [click HERE] Sorry lambat balas art trade awak. Cehh 'awak'. Truly sorry

Okay bye banyak lagi kerja nak kena siapkan hihi

Monday, 12 January 2015

Second Day


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Anyeong nyeong. Apa khabar? Khabar baik?, Alhamdulillah. So how was school? Aku dah sekolah dua hari dah so dah takde feeling apa-apa. Esok dapat buku, tapi mampu ketawa je. Maklumlah dah naik form 4. Buku sikit is not menengah atas style. Macam tu kut. Lagi-lagi kelas depan. Peh peh. Tapi nasib baik kitorang punya turn untuk pembahagian buku teks bukan hari ni tapi esok. Kalau hari ni gerenti aku masih membuta sampai sekarang. Bersyukur pukul 5 tadi dah bangun lol. Alkisahnya penat sangat hari ni tu yang membuta di siang hari. Petang.

Nak mulakan cerita, biasanya pengawas form 4 kena tolong cikgu masa orientasi form 1. And I'm one of them. So layan je. Menabur bakti kut kut aku pindah TT. Jap. Pasal pindah-pindah ni aku cerita kemudian. Okay sambung. Tadi kitorang jadi tour guide and uruskan pendaftaran kelab/persatuan/sukan permainan/unit uniform adik-adik form 1. "Adik?". Aku yakin takde budak-budak form 1 tu tak nak mengaku pun aku senior diorang sebab aku ni macam evil and vicious woman i the world ala-ala watak disney Maleficent. Yelaa kan. Maleficent tu walaupun nampak jahat sebenarnya berhati mulia. Choyy.

First masa tour guide tu cikgu suruh empat orang guide satu kelas. Aku, Dyan, Jai dengan Haikal. Jai ajet-ajet senior sporting padahal bajet je lebih. Aku, nak terangkan setiap bilik/kelas dekat budak-budak tu pun segan. Segan woyy actually tu yang jadi singa. Punyalah ganas aku berbicara. Pastu sampai satu tahap tu aku bukan nak marah actually tapi aku jerit kuat sikit bagi diorang dengar sekali dekat kelas yang kitorang lalu tu ada cikgu. Peh. Membisu terus aku. Mesti budak-budak tu macam "Pehal doe akak ni jerit-jerit sana sini bukan tak boleh cakap slow-slow". Dengan muka aku yang susah nak senyum dengan junior aduyai. Konon nak junior respect tapi hampeh. Tapi bersyukur laa doe kelas yang kitorang dapat tu budak-budaknya baik. Kelas lain ada yang tak dengar cakap, melawan and so on. Dah siap round satu sekolah, okay balik surau sebab memang time form 1, orientasi dekat surau.

Dah penat round, perut masing-masing dah lapar, pergi makan ah. Lepas makan, duduk dalam kelas sementara tunggu cikgu panggil. Time ni bersuka-ria laa masing-masing. Budak lelaki buat lawak bodoh yang aku pun menyampah gila rasa nak sumbat stokin kasut semua masuk dalm mulut diorang. Lantaklah. Okay bial cikgu panggil, kitorang tolong settle pendaftaran kelab-kelab, unit uniform etc. Actually cikgu yang uruskan. Kitorang cuma jaga je setiap kategori tu. Well, masa ni aku try senyum sebab taknak diorang letak perspektif buruk tentang aku. Bolehlah senyum natural daripada time jadi tour guide mula-mula tu, muka ketat je. Bukan taknak senyum tapi kalau aku tengah dalam situasi called "awkwardness", mulut aku macam 'ter'paksa senyum. Masa uruskan pendaftaran tu, dengan members buat lawak, 'adik-adik' tu buat 'lawak', memang ketawa aje memanjang. Arigatou. Habis tolong cikgu, pergi perjumpaan pengawas. Yang ni tak boleh blah.

Kitorang masuk lambat sebab tolong cikgu tadi so bila masuk tu, satu bilik mesyuarat tu dah penuh. Sekali kena duduk dekat bawah, dekat ruang depan sekali. Bengang tak bengang, duduk jelah. Daripada ramai-ramai pengawas dalam bilik mesyuarat tu, kitorang kecoh gila na mati. Bila ustaz GM aka Ghazali Manaf aka Ghazali 'Macho' masuk, kitorang macam "Woyy woyy GM masuk, GM masuk. Duduk sopan-sopan". Pastu perasan, aku lah aku, perasan berapa kali eye contact dengan GM lewls. No lah, kitorang minat ustaz sekadar ustaz tu cikgu, kitorang pelajar. Ustaz dah kahwin pun. Minat kitorang takkan lebih batas. Btw senior form 5 dengan juniors mesti menyampah dak? Peduli laa apa orang kata. Kitorang just have fun yang penting apa cikgu mesyuaratkan kitorang dengar.

Actually apa yang aku dapat hari ni adalah flashback moment time kitorang form 1 juga dulu. Aku keep on cakap dengan diorang "Ya Allah cepatnya kita membesar". Yelah kan, dulu selekeh-selekeh pastu innocence je macam budak-budak form 1 yang kitorang perhati tu. Aku rasa nak kembali ke 3 tahun lepas, yang masa tu, kitorang tak fikir sangat pasal pelajaran. Hidup have fun je. Macam sekarang, next year dah SPM. Aku tak tipu, aku rasa cepat sangat membesar. Lagi-lagi aku ni anak bongsu, aku focus on tumbesaran sendiri je. Setiap tahun expect untuk tinggi lagi. Astaghfirullah kenapalah tak pernah belajar bersyukur. Tapi tengok budak bash kitorang dengan batch form 5 tahun ni, tak macam upper form. Maklumlah kalau zaman kakak-kakak aku dulu, kalau dah upper form masing-masing nampak matured pastu tinggi macam galah. Tapi persoalannya, bila aku sendiri nak matang. Wallahualam.

Bercakap pasal kpop, idk bila kpop je masing-masing cakap dekat aku maybe sebab aku so known kpopers tegar. Mengenai kes yang viral baru-baru ni aku tak nak comment apa-apa. Tak takut ke kalau ada yang terguris nanti tapi I do feel malaysians need to stop these bashing and criticizing culture sebab apa, kita manusia. Tak sempurna. Kalau bukan sekarang, mungkin satu hari nanti kita pula akan buat kesalahan tapi tbh here, manusia tak pernah terlepas dari kesalahan. Lagipun, Nabi ajar tegur dengan berhemah kan? Jujur sebab aku kpopers aku masih tak lupa kes dekat Shout Awards dua tahun lepas. Yang tu, rasanya satu dunia dah tahu, ditambah dengan issue ni, aku takut. Aku takut negara lain pandang rendah dekat kita, attitude kita. Jomlah sama-sama muhasabah diri, beringat dengan apa yang dah terjadi.

Okay aku sambung lain hari sebab dah penat, sakit kepala, nak sampul buku tulis apa semua so bye :)

p/s: yang minta art trade tu sorry tak dapat buat lagi sebab busy sikit maklumlah sekolah dah start. no worries, i will do.

Saturday, 10 January 2015

Alkisah Kek Batik Jadi Snickers


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Hye. Miserable. Memang terbukti duh.

Alkisahnya, ikut ibu shopping barang dapur. Lama dah. Terfikir nak asah bakat ke'pastri'an. Belilah bahan-bahan. So hasil kemalasan aku, aku baru try buat pagi ni. Kesian kakak aku kempunan nak kek batik. Padahal dia boleh buat sendiri. Okay masukkan bahan godak, letak dekat loyang, masuk peti sejuk apa semua. Balik training taekwondo, 'tadaaa' --'


Fyi, i cant call a cake bcs rasa and texture dia macam coklat. Bukan coklat bar tu. Nak sedapkan hati, senang kata 'kek' ni macam snickers. Pernah makan an? Hah lebih kurang macam tulah cuma rasa butter dia lebih sikit. Banyak? Maybe. Kecewa. Lewls. Sebab aku jenis yang susah sikit nak hadapi failure. Hal ini telah membuatkan aku berazam, taubat, padam cita-cita nak ambil bidang pastri. Tapi dalam masa yang sama aku berazam lepas ni nak buat lagi sampai jadi lepas tu buka cafe sendiri heh.

Resipi

Bahan-bahan:
  • 1 buku butter
  • 1/2 tin susu pekat 
  • 2 cawan milo/vico
  • 2 sudu serbuk koko (optional)
  • 1 paket biskut marie
Cara-cara:
  1. Cairkan butter
  2. Tuang susu pekat
  3. Gaul hingga sebati
  4. Masukkan milo/vico dan serbuk koko
  5. Gaul sampai takde ketul dalam adunan tadi
  6. Tutup api
  7. Masukkan biskut marie dan gaulkan
  8. Letak dalam loyang/tupperware. Sejukkan sekejap, masuk dalam peti sejuk
  9. Done :)
Actually aku rasa tak layak nak bagi resipi since aku sendiri buat tak jadi tapi tips nya, jangan bagi adunan coklat milo/vico tu likat sangat. Macam aku, aku rasa yang aku buat tu jadi keras sebab likat sangat. Aku suggest letak air sikit bagi cair adunan tu. Jangan cair sangat. Lembik pula beliau nanti. Lagi satu, kalau nak texture dia betul-betul macam kek, tak nak biskut tu crunchy, lemaukan dulu biskut marie tu dekat luar or ada yang rendam dalam air i dont know laa. Pelik pula.

Okay tak habis cerita lagi. Lepas keluarkan peti sejuk tu, kakak aku tolong potong bcs agak keras sikit. Boleh je aku potong tapi kakak aku dah buat kan, aku biar je kkk. Bagi nenek rasa, sepotong tu pun nenek tak habis bcs manis sangat orz. Aku habis laa dua tiga ketul. Pastu minum air begelen-gelen (padahal dua cawan je). So kalau korang nak kurang manis sikit, kurangkanlah susu pekat tu. Macam tadi, actually mula-mula dah elok dah aku buat 1/2 tin, kakak aku cakap tak manis. Tambah lagi, terlebih manis pula.

Kesimpulannya, rajin-rajin lah ek tolong mak dekat dapur. Aku? Memang malas tahap dewa. Bila disuruh ke dapur, paling teruk, pura-pura tidur and at last betul-betul tidur. Madah je mengumpul lemak. Pipi gebu macam kentang rebus. Well aku nak samakan diri aku dengan potato dari semalam. Yelah kan, kentang luar je buruk, dalam? hihi. Faham-faham lah sendiri. Till then, bye.

ps: lepas ni nak try buat cheesekut, kut.

Friday, 9 January 2015

Misc.


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Yo ~

Lately my life has been a mess. It's me who's messing w/ my life lol. Macam tadi, aku excited nak watercolouring gitu sebab sketchbook aku tu hambar je hitam putih. Dah lah instead of 'lukisan' they're 'contengan' and dump. Aku then aku ambillah berus fav aku, yang hujungnya tajam tu hah. Macam-macam saiz aku beli tapi tak pernah passionate in drawing and colouring. Senang kata aku tak pernah passionate dengan art. Macam sebelum ni aku simpan cita-cita nak own my OWN guitar. But bila guitar along tersadai dalam bilik, hampeh. Aku tak guna pun. Alasan malas. Yes I've a really big M.

Okay continue. Aku dah colour background lukisan aku, then my eldest sister aka along told me that it's nice tho aku cuma letak air then ambil poster colour calit dekat situ biar colour dia spread. Lepas dah kering aku colour the exposed skin part. Macam muka tangan dia apa semua. It was still nice until I began colouring the hair part. Lama aku tenung fikir macam mana nak colour, nak letak warna apa. Then aku dah pilih, aku start colour. Mula-mula okay laa then setitik air dari berus yang dah ada colour vandyke brown (aku tengok dekat colour tube tu je), jatuh dekat background yang aku dah colour tu. And I went ohmaigad ohmaigad. Aku kesat sikit, mula-mula okay lah. Terlebih kesat, kebetulan tangan aku dah kotor sikit, makin kotor background tu. Sampai sini aku malas nak cerita bcs that drawing turned out to be a disaster.
Terus hilang mood, aku koyakkan lukisan tu then threw it. Bye bye selamat tinggal romeo laa. Aduh bercita-cita nak ambil seni time spm nanti guane ni. xO

Dah geram, aku dengar lagu, tengok movie dekat laptop then ajak kakak-kakak aku (yelah kan, takde abang) tengok running man yang latest. Almaklumlah, dua hari aku tunggu nak tengok sama-sama. And now, aku macam nilah. Mereput dekat bilik, tulis blog. Sebab new year katekoo. Rajinlah aku tulis type. Start sekolah nanti, mesti ke laut. Kut. I think I've said kut tu much maybe bcs I eat biskut to much lol. Bercakap pasal sekolah, dua hari lagi nak sekolah. Yeay --'. Lepas ni mereputlah dalam bilik buat homeworkssss. Maklumlah dah naik form 4 en. Ya Allah, time flies fast. Dulu setahun jagung fall in love bagi surat cinta pastu kena reject alik-alik dah form 4 jadi playgirl. Eh, drama. Mengarut.

Lately aku buka ask.fm sebab si kembar asyik ask ask ask. Then kalau aku rajin aku ASKlah diorang balik. Pastu soalan aku semua ajet ii confirm nak pindah pastu nak tinggalkan kenangan manis dekat sini lol poyo. Sayang laa babe kawan-kawan aku. Ada moment aku rasa bersyukur sangat sebab ramai yang sudi berkawan dengan aku. Double poyo. Sebab yelah aku ni an macam potato, muka berjerawat, tak lawoo, suara tak sedap, mata empat, pelik, annoying, selalu merepek kerepek, cakap gagap oh tak terlist lah semua kekurangan aku. That's why kalau aku ada kawan aku treasure diorang habis-habis. I think soo. Ke tak? Haha idk lah.

To be continued ...

p/s: hari tu pergi kedai buku, "kak, catatan mat luthfi ada tak?". "dah habis". cries TAT

Sunday, 4 January 2015

Title? No Title


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Oit oit annyeong :) Ni nak cerita sikit je hari ni. 'SIKIT'

Satu haribulan hari tu ada pendaftaran dengan pembelian buku macam tulaa dekat sekolah. Excited juga sebab lama tak jumpa bae(s),member-member, classmates semua laa. JAP. Yeke aku excited time tu. Anggap jela ye sebab aku pun tak ingat apa yang aku rasa time tu sebab masa tu nak bangun dari tidur pun malas. Mula-mula nak datang lambat-lambat, malas laa katakan. Pastu Nad ws suruh datang awal sikit. Aku dengan tengah balas chat-chat yang tetiba masuk banyak pagi tu, kelam kabut nak bersiap mandi sarapan apa semua. Actually time tu dah pukul 8.10 macam tu kut kkkk. At last aku lagi lambat. Pukul 9 macam tu baru sampai sekolah aduh teruk betul.

Sampai sekolah, masuk pintu pagar je ada laa member sorang ni tanya "Eh, kau tak pindah ke?". Aduyai. Spoil terus mood aku pagi tu. Tapi aku jawab je "Keputusan permohonan tu keluar hujung jan laa". Lepas tu aku blah pergi cari geng-geng aku. Hari tu first time aku bayar buku sendiri so aku cem awkward an so aku tarik ah diorang pergi blok D bcs kelas kitorang tahun ni dekat situ. Nampak ah classmates yang lain. Tapi time tu tak ramai lagi tho aku ingat aku dah lambat choyy. Tengok list classmates tahun ni, dah lain. Aku pun macam "Ah really?". Macam tu kut. Time tu hambar laa juga sebab classmates yang dah 3 tahun (ada yang baru setahun) dengan kitorang dah tak duduk dalam kelas yang sama.

Hari tu ramai juga laa yang dok tanya "Tak pindah ke?" "Mohon mana?" "Eh kau dekat sini je?". Semua soalan klise. Paling teruk ada yang tanya "Bila pindah?"--' Nvm kalau memang dah tertulis dekat luh mahfuz tu aku pindah, aku pindahlah HA HA. Aku mohon pun dekat-dekat je sebab parents cakap senang nak ambil ape semua. Ayah cakap, "Paling penting, duitnya". Okay faham memang tak payahlah berangan nak duduk jauh-jauh pastu ajet-ajet nangis sebab rindu family HA HA mengarut. And know what? Aku kadang-kadang wonder apa yang kawan-kawan aku rasa kalau aku pindah.

But actually aku still fikir lagi nak pindah or tak kalau dapat asrama. 15 tahun woyy berkepit dengan parents. Dah lah aku ni kalau pemalu tak bertempat. Lepas tu dengar cerita ada senior aku time sekolah rendah dulu kena buli dekat asrama apa semua. Penakut an ? Tawu owo. Aku dah lah memang tak pandai nak berdikari. Semua parents suap je heee. Tapi ada jugalah berangan masuk asrama jumpa kawan-kawan baru, sebelum masuk tu shopping macam-macam, aku bayangkan prep, buat homework semua dekat sekolah. Sebab dekat sini. Sekolah harian kan, homework suka bertangguh hah itu yang paling aku risau. Belum masuk kes selalu tertidur dalam kelas HA HA.

Okay tukar tajuk. Semalam pergi training taekwondo setelah sebulan mengumpul lemak dan melembikkan otot-otot dalam badan. Time warm up je satu badan dah rasa sakit-sakit. Kah. Lepastu sir tanya result aku dengan Dyan blablabla. Hah dah macam tu start lah soalan-soalan klise macam dekat sekolah hari tu. "Pindah tak?" "Mohon mana?". Layan. Sepanjang training semalam asyik mengikik je adoii kalau dah training taekwondo memang takdenya nak serious. Aku just sengih-sengih je bcs mostly werent something really funny. Dyan pula gelak sungguh-sungguh sampai berguling-guling dekat dataran tanpa sebab. Aku? Layan je~

Hmm. Dah naik form 4 ni aku agak takut actually. Takut tak boleh bawa subjek sains tulen apa semua. Maklumlah sebulan duduk rumah buku apa pun tak buka. Pelajaran form 1, 2, 3 pun dah lupa hahah. But insyaAllah I can do it! Aja aja fighting! Okay bye dah malas nak type orz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...